Waspada Panggilan Palsu Individu Mendakwa Dari SPRM

TULAR:
804

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan telefon dari pihak yang mendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber gambar: SPRM

Sumber gambar: FacebookSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon meragukan mendakwa daripada SPRM yang meminta beberapa maklumat peribadi termasuk butiran-butiran sulit kerana dikhuatiri ia panggilan palsu.

Ini susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my. SPRM juga akan membuat laporan polis serta berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat panggilan palsu ini yang telah menjejaskan nama dan reputasi SPRM.

SUMBER:

Facebook Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI