Ayam Dijual Di Pasaran Dikhuatiri Dijangkiti Selesema Burung?

TULAR:
502

PENJELASAN :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memperjelaskan mengenai kebimbangan bahawa ayam yang dijual di pasaran adalah tidak selamat ekoran penyebaran penyakit selesema burung, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Perkhidmatan Veterinar, JPV Sabah Dr Zul Bahar Abd Rashid, pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di pasaran kerana tidak ada bekalan ayam dalam pasaran berasal dari ladang ternakan ayam yang dijangkiti selesema burung.

Ujarnya lagi, ayam yang hendak dipasarkan telah menjalani pemeriksaan teliti termasuk pemeriksaan antemortem secara fizikal bagi memastikan tahap kesihatan ayam itu baik untuk penghasilan daging yang selamat kepada pengguna, sekaligus memastikan hanya produk ayam sihat sahaja dibenarkan berada dalam pasaran.

Beliau berkata sebuah ladang ternakan ayam yang dikesan positif dengan selesema burung pada 3 Ogos 2018 sudah dikawal sepenuhnya manakala aktiviti pemantauan diteruskan bagi mengelakkan virus selesema burung daripada merebak ke kawasan lain, selain kesemua telur ayam di ladang berkenaan juga telah dilupuskan.

SUMBER :

Frontdesk

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI