Peniaga Dikenakan Penalti Jika Lewat Daftar SST?

TULAR:
824

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa tindakan akan diambil terhadap peniaga yang lewat mendaftar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kewangan Lim Guang Eng, peniaga yang tidak mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengutip Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan dikenakan sebarang tindakan buat masa ini.

Peniaga yang lewat mendaftar masih perlu melunaskan pembayaran SST bermula dari 1 September 2018.

“Mereka (peniaga) yang tidak dikenakan SST, tetapi selepas itu mereka mendaftar, ini bermakna mereka telah salah daftar.

“Itu tidak jadi masalah kerana mereka boleh keluarkan daripada pendaftaran dan kita telah berikan kelonggaran sepenuhnya. Jadi ini tidak jadi masalah. Kedua, kes di mana mereka terlambat daftar, kita tidak bercadang untuk kenakan penalti tetapi jangan lupa, anda (peniaga) kena bayar SST. Anda kena keluarkan wang daripada kocek sendiri kerana jika hendak caj pelanggan sudah terlewat.”

SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI