Susur Keluar Dari Lebuhraya Persekutuan Ke Jalan Templer Ditutup Pada 27-29 Ogos?

TULAR:
726
Gambar hiasan. Sumber: jkr.gov.my

PENJELASAN :

Jabatan Kerja Raya memperjelaskan laporan mengenai penutupan susur keluar dari Lebuhraya Persekutuan Ke Jalan Templer pada 27 – 29 Ogos 2018 ini, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Jabatan Kerja Raya.

Menurut kenyatan rasmi dari Jabatan Kerja Raya:

Adalah dimaklumkan bahawa Laluan Jalan Susur Keluar dari Lebuhraya Persekutuan menghala ke Jalan P. Narayanan, Jalan 222 dan Jalan Templer akan ditutup kepada semua kenderaan pada 27 hingga 29 Ogos 2018 dan 1 hingga 8 September 2018 bermula jam 11.00 malam sehingga jam 5.00 pagi bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pemasangan rasuk dan kerangka keluli bagi jambatan motosikal merentasi Jalan Templer, Daerah Petaling Jaya, Selangor untuk tujuan menaiktaraf kawasan banjir lorong motosikal.

Sehubungan dengan itu, susur keluar masuk ini akan ditutup kepada semua lalulintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya. Pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk tujuan kawalan trafik.Sepanjang tempoh kerja pemasangan berlangsung, terdapat 2 situasi penutupan yang akan dijalankan iaitu (1) Penutupan susur keluar dari Lebuhraya Persekutuan ke Jalan Templer, Jalan P. Narayanan dan Jalan 222. (2) Penutupan susur masuk ke Lebuhraya Persekutuan dari Jalan Templer, Jalan P. Narayanan dan Jalan 222.

Bagi penutupan jalan situasi (1), pengguna jalan raya dari arah Kuala Lumpur diminta menggunakan laluan alternatif dengan mengambil susur keluar Jalan Timur dan melalui Jalan Selangor atau Jalan Sultan untuk memasuki Jalan Templer. Manakala bagi penutupan jalan situasi (2), pengguna jalan raya yang akan menghala kearah Klang diminta memasuki Lebuhraya Persekutuan melalui Jalan Barat.

Peta yang menunjukan laluan alternative berkenaan adalah disertakan seperti lakaran.

Kami berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Petaling, Selangor di talian 03-7839 2584, fax 03-7839 2403.

SUMBER :

Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI