Hospital Sultanah Bahiyah Kini Melarang Peneman Untuk Ibu Bersalin?

TULAR:
813

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya kini melarang bagi peneman untuk ibu bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah JKN Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail,  langkah itu terpaksa diambil susulan kejadian seorang lelaki berusia 23 tahun mengamuk selepas permohonan untuk isterinya bersalin secara pembedahan tidak diluluskan pihak hospital.

Katanya, pihak hospital membuat keputusan itu selepas mendapati ibu berkenaan tidak mempunyai indikasi untuk bersalin secara pembedahan menyebabkan suaminya bertindak menumbuk dan merosakkan pintu bilik bersalin serta tidak mengendahkan arahan menunggu di luar wad selepas insiden berlaku.

“Susulan itu, HSB mengambil tindakan memberhentikan sementara kebenaran menemani isteri bersalin untuk menyemak semula prosedur kebenaran peneman kepada ibu bersalin supaya kejadian sebegini tidak berulang.”

SUMBER:
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI