Waspada Maklumat Palsu Berkaitan Pelaksanaan SST

TULAR:
700

WASPADA :

Orang ramai terutamanya pembekal barang dinasihatkan agar tidak tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Gambar hiasan.Sumber : Berita Harian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bulan September.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menyedari terdapat segelintir pembekal barangan telah mengeluarkan surat pekeliling kepada peruncit tentang kenaikan harga barang selepas pelaksanaan SST.

“Kami sedang memerhati pembekal-pembekal ini dan kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu.”

SUMBER : 

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI