Tiada Pembayaran Pencen Selepas Persaraan 2021?

TULAR:
21373

PALSU:

Tular di media sosial laporan berita kononnya daripada laman Astro AWANI, yang mendakwa bahawa tiada pembayaran pencen selepas persaraan 2021, dan pencen akan diganti dengan KWSP dengan serta-merta.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pihak Astro AWANI menafikan pernah menerbit dan menyiarkan artikel berjudul, ‘Bayaran Pencen diganti kepada KWSP serta-merta’ di platform digital (www.astroawani.com), seperti yang ditularkan di media sosial.

Artikel palsu itu antara lain mendakwa kononnya tiada pembayaran pencen selepas pesaraan 2021.

Paparan imej yang menyalahgunakan logo nama Astro AWANI itu sengaja disunting serta diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan masyarakat.

SUMBER:

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI