PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya ibu pejabat polis Bukit Aman telah mengeluarkan amaran berkenaan perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai dengan menyamar sebagai wakil kolej perubatan.
SEBENARNYA:
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai.
Ia kononnya dilakukan dengan mereka menyamar wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.
“Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu,” kata Noor Rashid ketika dihubungi semalam berhubung mesej yang tular di laman sosial seperti WhatsApp itu.
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia