PENJELASAN:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai cetakan nombor siri yang terdapat pada setiap kertas undi, yang didakwa membuatkan undi tidak lagi rahsia.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan pengundi tidak perlu bimbang akan berlaku penipuan ketika proses mengundi pada Rabu (9 Mei 2018) kerana undi kekal rahsia.
Beliau menjelaskan cetakan nombor siri hanyalah untuk memudahkan petugas SPR membuat semakan dan pengiraan bilangan kertas undi, dan bukannya untuk mengenal pasti pengundi.