Kertas Undi Lewat Diterima Oleh Pengundi Pos Khususnya Di Luar Negara?

TULAR:
1280

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan laporan berhubung kelewatan penerimaan kertas undi yang berlaku khususnya di luar negara.

Sumber gambar: Facebook

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pengundi pos tidak bimbang dengan kelewatan penerimaan kertas undi kerana masih mempunyai baki beberapa hari sebelum tamat pada Rabu (9 Mei 2018).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pihaknya sudah terima maklum tentang permasalahan tersebut khususnya yang berlaku di luar negara.

“Ini tidak berkaitan dengan masalah teknikal. Pada masa sama, ada juga kertas undi yang telah diterima dan dihantar semula.”

Tambah Mohd Hashim, beliau juga dimaklumkan di beberapa negara seperti Korea dan sebahagian di Australia telah terima kertas undi, dan pihaknya telah memberi mandat kepada Pos Malaysia dan yakin akan kebolehan agensi tersebut.

SUMBER:

Sinar Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI