Terdapat Pesara Polis Yang Mengundi Awal Dalam PRU14?

TULAR:
1093

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat pesara polis yang masih menjadi pengundi awal sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, daripada seramai 278,590 pengundi awal akan membuang undi di seluruh negara, 118,913 adalah warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk mereka yang berpencen dan 159,677 melibatkan tentera dan pasangan. Mengenai terdapatnya pesara polis yang layak untuk mengundi awal, sebelum ini mereka telah mendaftar sebagai pemilih di Bukit Aman sebagai pengundi awal.

“Jika selepas pencen mereka masih tidak tukar untuk menjadi pengundi awam, itu yang mereka datang hari ini. Tidak semestinya pencen hari ini terus mohon. Itu tidak salah.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI