Miri Mempunyai Jumlah Setinggan Tertinggi Di Sarawak?

TULAR:
1002

PENJELASAN :

Kementerian Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperjelaskan dakwaan bahawa Bandaraya Miri mempunyai jumlah setinggan tertinggi di Sarawak.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, dakwaan bahawa Bandaraya Miri mempunyai jumlah tertinggi setinggan di Sarawak adalah palsu dan tidak berasas, sebaliknya, setinggan di Bandaraya Miri hanyalah berjumlah lebih 1,000 orang dan bukanlah mencecah 4,000 orang seperti yang didakwa.

“Kami telah sama ada menempatkan semula mereka (setinggan) ke kawasan baharu atau mewartakan tempat tinggal mereka supaya mereka dapat tinggal di tanah berkenaan secara sah. Kami berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah setinggan di Bandaraya Miri.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI