Pengundi Dilarang Menularkan dan Berkongsi Foto/Gambar Dokumen Berkaitan PRU?

TULAR:
1442

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai larangan menularkan dan berkongsi foto/gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul-sampul berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Sumber gambar: SPR

SPR menasihatkan kepada semua pengundi khususnya kepada mereka yang layak mengundi secara pos sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk tidak merakam foto/gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul-sampul berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan menularkannya melalui media sosial atau apa-apa medium komunikasi.

Larangan ini bertujuan bagi memastikan ketelusan undi adalah rahsia tetap terpelihara dalam PRU Ke-14.

Mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya sekali.

SUMBER :

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI