Menurut Kumpulan CIMB Berhad (CIMB):
Kumpulan CIMB mengesahkan bahawa premis cawangan mereka di Kota Damansara dan TTDI masih beroperasi seperti biasa.
5 kakitangan dari Kumpulan Jualan Bergerak CIMB (“MSF”), Kota Damansara adalah kontak rapat dengan pesakit COVID-19 yang kini berada Hospital Sungai Buloh untuk ujian saringan dan menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan. Kelima-lima kakitangan tidak berhubung dengan mana-mana kakitangan di CIMB Kota Damansara atau TTDI. Untuk kedua-dua lokasi, cawangan dan pusat MSF berada di tingkat yang berasingan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kedua-dua bangunan akan menjalani proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh bagi menjamin kesihatan, keselamatan pelanggan dan kakitangan.