Wanita Dengan Tag Merah Jambu Di Sebuah Premis Makanan Di Temerloh Tiada Kaitan Dengan COVID-19

TULAR:
2122

Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan bahawa wanita yang memakai tag merah jambu di sebuah restoran popular di Temerloh baru-baru ini, bukan pesakit atau sedang menjalani arahan kuarantin berkaitan pandemik wabak COVID-19.

Pengarahnya Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata wanita itu sebenarnya adalah bekas pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh dan dipercayai singgah ke restoran itu bersama ahli keluarganya sebaik sahaja dibenarkan keluar.

“Tag (berwarna merah jambu) itu tidak ditanggalkan dari pergelangan tangan pesakit semasa proses discaj. Pemakaian tag merah jambu adalah amalan biasa bagi mana-mana pesakit wanita yang dimasukkanke wad.

SUMBER:

Bernama

Astro Awani

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI