Cuaca Panas Lebih 40 Darjah Celsius Akan Melanda Malaysia?

TULAR:
2748
Sumber gambar : MET

PALSU: 

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius akan melanda Malaysia bagi tempoh beberapa hari akan datang.

Versi Terkini. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh beberapa hari akan datang. Matahari juga bukan berada di kedudukan garisan khatulistiwa. Suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 36 darjah celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah celcius.

Menurut MMD, berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah mula berlaku di beberapa tempat di Semenanjung dengan melemahnya Taufan Lan. Keadaan ribut petir pada sebelah petang adalah normal semasa peralihan monsun yang sedang dialami negara.

SUMBER:

Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI