PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononya berlakunya cubaan menculik lima pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam.
SEBENARNYA :
Menurut pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM), tidak ada sebarang kejadian cubaan menculik lima pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, sebagaimana yang tular di aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.
“Polis menafikan dakwaan seperti yang ditularkan. Ada laporan diterima tapi bukan itu isinya. Laporan diterima pada 16 Januari yang dibuat oleh pihak sekolah dan ia masih dalam siasatan pihak kami.”
Beliau mengesahkan tidak berlaku sebarang elemen penculikan seperti apa yang ditularkan.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia