Perdana Menteri Menghadap YDP Agong Untuk Membubarkan Parlimen?

TULAR:
970

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pimpinan tertinggi lain telah menghadap Yang di Pertuan Agong (YDPA) Sultan Muhammad V bagi tujuan pembubaran Parlimen.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, gambar pimpinan negara menghadap YDPA itu bukan untuk tujuan pembubaran Parlimen, namun sebaliknya ia merupakan gambar lama yang diambil  bersempena dengan Istiadat Pembukaan Parlimen.

“Saya mengesahkan gambar itu diambil sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Majlis Persidangan Parlimen Ketiga Belas pada 6 Mac 2017, bukan gambar baharu dan bukannya gambar menghadap Yang Dipertuan Agong untuk pembubaran Parlimen.”

SUMBER :

Sinar Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI