Proton Tawar Diskaun Istimewa Kepada Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia?

TULAR:
817

PENJELASAN:

PROTON Holdings Bhd memperjelaskan laporan bahawa syarikat berkenaan menawarkan diskaun istimewa kepada Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia sepertimana yang dilaporkan media

Sumber gambar : Facebook

Menurut PROTON Holdings Bhd, buat masa ini PROTON memang menawarkan polisi diskaun istimewa untuk pelanggan jualan korporat dan fleet. Ini merupakan satu amalan biasa dalam perniagaan industri automotif dengan penawaran diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian pukal dan fleet. Dengan itu, promosi istimewa yang ditawarkan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien merupakan sebahagian daripada jualan korporat untuk pelanggan fleet.

PROTON sentiasa menyediakan promosi jualan korporat / fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi, dan institusi (termasuk media). Oleh itu, Persekutuan Hokkien bukanlah kes yang istimewa.
PROTON turut mempunyai pengaturan serupa dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat ternama di Malaysia.Termasuk juga Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia yang telah berhubung dengan pihak PROTON untuk berbincang serta menyatakan sokongan kepada PROTON dengan komitmen untuk membeli. Berdasarkan kepada bilangan ahli persatuan dan pekerja-pekerjanya yang ramai, pihak PROTON dapat membentuk pakej khas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

SUMBER: 

Facebook Proton

Sinar Harian

Astro Awani 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI