Cubaan Menculik Kanak-Kanak Di Tenom, Sabah?

TULAR:
491
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat cubaan menculik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Tenom, Sabah.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, tiada sebarang kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dan berdasarkan siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa, kejadian itu berpunca daripada salah faham.

Hasil siasatan yang dijalankan juga mendapati kejadian berkenaan tidak benar, sebaliknya hanya direka oleh kanak-kanak terbabit.

SUMBER :

Facebook Polis Daerah Tenom

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI