Polis Berjaya Menahan Suspek Utama Kes Remaja Maut Ditimpa Kerusi Pejabat Di Flat PPR?

TULAR:
1245
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa polis sudah menahan suspek utama kes seorang remaja maut ditimpa kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis Kuala Lumpur menafikan sudah menahan suspek utama berhubung kes baling kerusi yang mengakibatkan kematian seorang remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, selain daripada 31 saksi yang dipanggil untuk memberikan keterangan semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan atau memanggil saksi lain.

 

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI