Sekumpulan Lelaki Menyamar Pegawai JAS?

TULAR:
224

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Gambar hiasan. Sumber: Berita Harian.

Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata, ini berikutan terdapat kes di Kawasan Industri Gala di sini, apabila pemilik kilang dikenakan denda kerana kesalahan mengeluarkan habuk secara berlebihan.

Katanya, sekumpulan enam lelaki yang mendakwa dari JAS negeri, datang ke kilang itu dan menjalankan pemeriksaan sebelum mengenakan denda.

Menurut beliau, modus operandi kumpulan itu adalah menggertak pemilik premis untuk menyaman kerana mencemarkan alam sekitar, dan mangsa yang risau serta terpedaya dengan muslihat itu terus membuat bayaran seperti yang diminta.

SUMBER :

Berita Harian

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI