Waspada Tawaran Syiling Awal (Initial Coin Offerings)

TULAR:
311

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan skim tawaran syiling awal (ICO) yang membabitkan aktiviti yang tertakluk kepada undang-undang yang ditadbir oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Menjalankan aktiviti sedemikian tanpa kebenaran yang sewajarnya adalah satu kesalahan.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Astro Awani

Penerbit ICO diingatkan bahawa melancarkan suatu ICO, penawaran token digital sebagai pertukaran bagi mata wang digital atau apa-apa bentuk pembayaran dan aktiviti yang seumpamanya, tertakluk kepada keperluan kawal selia di bawah undang-undang sekuriti.

Di samping itu, mana-mana individu tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dikawal selia seperti pengumpulan dana, pengurusan dana dan berurus niaga dalam produk pasaran modal tanpa mendapatkan kelulusan yang diperlukan atau kebenaran daripada SC.

Pengendali ICO juga adalah dilarang daripada menjalankan aktiviti yang dikawal selia seperti pengambilan deposit dan perniagaan perbankan, aktiviti dan pembayaran pentadbiran pertukaran asing, tanpa kebenaran yang diperlukan di bawah undang-undang perkhidmatan kewangan yang ditadbir oleh BNM.

Orang ramai adalah diingatkan agar berhati-hati sebelum menyertai mana-mana ICO dan dinasihatkan agar merujuk kepada senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia di bawah undang-undang yang ditadbir oleh SC dan BNM.

SUMBER:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI