Dakwaan 18 Anggota Polis Di IPK Pulau Pinang Disahkan Positif COVID-19 Adalah Tidak Benar

TULAR:
1040

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang menafikan nota suara dalam bahasa Hokkien yang mendakwa seramai 18 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang positif COVID-19.

Beliau menegaskan tiada anggota polis di Pulau Pinang positif COVID-19 dan menasihati orang ramai agar berhenti menyebar berita palsu sebaliknya merujuk kenyataan rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau pihak polis bagi sebarang perkara berkaitan COVID-19.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI