Waspada Teknik Phishing Terkini Dengan Mengambil Alih Akaun Media Sosial

TULAR:
2692

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pengguna Instagram akan menerima Direct Messenger (DM) daripada akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai Official Instagram / Facebook.

NASIHAT POLIS.

1. Jangan respon kepada link yang diberi. Ianya akan meminta anda memasukkan butiran maklumat login akaun Instagram anda iaitu Username dan Password. Kemudian, akan meminta anda memasukkan butiran login Email Address dan Password.

2. Ini adalah suatu bentuk Phishing terhadap maklumat login akaun sosial media yang mensasarkan pengguna Instagram yang kurang celik IT melalui skrip pemerdayaan yang kononnya dari pihak Facebook / Instagram.

3. Setelah pengguna Submit maklumat login details, penggodam akan memperolehi maklumat tersebut dan menggunakannya untuk mengambil alih akaun anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi Cyber Crime Alert PDRM
Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI