SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media dari Jabatan Peguam Negara (AGC):
Merujuk kepada kenyataan yang disebarkan berkenaan “Pejabat Peguam Negara telah menetapkan yang perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding”, Jabatan ini menafikan ada membuat ketetapan seperti yang dikatakan dalam kenyataan yang tersebar itu dan menegaskan berita itu adalah sama sekali tidak benar dan palsu.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pendengaran rayuan kes SRC melibatkan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib Hj. Abd Razak yang akan dibicarakan bermula 15 Ogos 2022 di mana jabatan ini akan hadir sebagai responden/ pendakwa raya. Jabatan ini akan meneruskan dengan rayuan kes tersebut dan akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Peguam Negara
Twitter Rasmi Jabatan Peguam Negara
Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri
Twitter Rasmi Jabatan Perdana Menteri