Kenyataan Bahawa Dua Ribut Akan Bertembung Di Tengah Adalah Tidak Benar

TULAR:
403

SEBENARNYA:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan dua ribut bertembung di tengah di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp adalah maklumat palsu.

Sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India. Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita.

MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI