Tiada Penganjuran Hot Air Balloon Putrajaya Pada 16 Hingga 19 Jun 2022

TULAR:
885

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Perbadanan Putrajaya:

Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Perbadanan Putrajaya menafikan penganjuran Hot Air Balloon Putrajaya pada 16 hingga 19 Jun 2022 sepertimana yang telah dihebahkan di media sosial.

Untuk makluman, semua penganjuran acara di Putrajaya perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kelulusan Acara Perbadanan Putrajaya (JKA-PPj).

Prosedur ini ditetapkan bagi memastikan semua acara yang akan diadakan di Putrajaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk menjamin keselamatan orang awam dan menjaga imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang hebahan dan makluman penganjuran acara ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI