SEBENARNYA:
Polis menafikan bandar Kota Bharu hanya boleh dimasuki bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari seperti yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatApps.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kenyataan yang tular membabitkan pemberitahuan 13 laluan jalan raya ke bandar Kota Bharu yang ditutup adalah tidak benar.
“Maklumat itu palsu menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada penyebar berita tidak benar.
“Pada masa sama kami meminta rakyat supaya terus untuk berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa sehingga 14 April ini”.