Tiada Aktiviti Yang Mencurigakan Di Platform CIMB Berkenaan Aplikasi Zoom

TULAR:
4737

Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, pihak CIMB telah menjelaskan bahawa pihaknya beroperasi mengikut garis panduan keselamatan yang ketat dan mematuhi semua keperluan pengawalseliaan, perundangan, pematuhan dan risiko.

CIMB menjelaskan bahawa tidak ada aktiviti yang mencurigakan di mana-mana platform CIMB.

Keselamatan dana pelanggan dan urusniaga perbankan dalam talian adalah sangat diutamakan sepanjang masa untuk memastikan semua urus niaga perbankan kekal selamat untuk pelanggan.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan aplikasi ‘Video Tele-Conferencing’ (VTC) yang tidak mempunyai ciri keselamatan dan kurang bereputasi. Ianya tanggungjawab pengguna untuk memilih platform VTC yang selamat untuk digunakan ketika ‘teleconferencing’.

Pihak CyberSecurity Malaysia (MyCert) telah mengesyorkan garis panduan kepada pengguna seperti yang dipaparkan di infografik berikut:

SUMBER:

Laman Seswang Rasmi CIMB

MyCert CyberSecurity Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI