Dakwaan Beberapa Pemimpin Sabah Dikuarantin Akibat COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
5718

SEBENARNYA:

Dakwaan tular yang mengatakan beberapa pemimpin utama Sabah termasuk Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal dikuarantin akibat koronavirus (Covid-19) adalah tidak benar.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking berkata, dakwaan itu tidak benar dan semua ahli Parlimen Sabah sedang bertugas seperti biasa dan memantau kawasan masing-masing.

Tular satu dakwaan di media sosial yang mendakwa Shafie, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan beberapa ahli Parlimen dari Warisan di kuarantin kerana pernah berinteraksi dengan pemimpin DAP yang positif Covid-19 sebelum ini.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI