Semua Staf Hospital Dungun Dikuarantin Adalah Palsu

TULAR:
1189

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menafikan dakwaan kononnya Hospital Dungun ditutup dan semua kakitangannya dikuarantin seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata Hospital Dungun masih beroperasi seperti biasa namun wad pesakit lelaki terpaksa ditutup untuk dilakukan proses pembersihan dan disinfeksi di keseluruhan bahagian wad.

Jelas beliau, “Ini kerana terdapat seorang pesakit yang disyaki positif jangkitan COVID-19 hadir mendapatkan rawatan”.

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI