SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah:
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah ingin merujuk kepada mesej tular dalam media berkenaan dua orang pesakit positif COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Queen Elizabeth (HQE). Mesej tular tersebut adalah tidak benar.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak shahih berkaitan kejadian COVID-19 seperti tempat-tempat yang dicemari oleh COVID-19.
SUMBER:
Facebook Rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah