Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Telah Mula Bersiap Sedia Mengambil Alih Situasi Terkini Negara Adalah Palsu

TULAR:
8220
Versi video yang tular

SEBENARNYA:

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan ini menegaskan bahawa beberapa hebahan maklumat tidak tepat dan penularan video yang menampakkan aturgerak aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan-jalan raya tertentu, sekaligus diangkat sebagai berita bahawa ATM atau tentera telah mula bersiap sedia untuk mengambil alih situasi terkini Negara, adalah merupakan berita palsu.

Beliau menjelaskan, gambar serta video yang tersebar itu sebenarnya gerakan aset Tentera Darat yang menjalani latihan ketenteraan dan diperintahkan kembali semula ke kem masing-masing atas ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI