Tiada Arahan Dari Ketua Polis Batu Pahat Berkenaan Operasi Premis Makanan, Kedai Serbaneka 24 Jam Dan Stesen Minyak Dari Jam 7 Pagi – 7 Malam

TULAR:
2136

SEBENARNYA:

Polis Batu Pahat telah mengesan mesej palsu yang berlegar dalam kalangan netizen. Kandungan mesej yang disebarkan ini adalah palsu dan tidak benar. Pihak polis menasihatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran mesej palsu ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Batu Pahat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI