SEBENARNYA:
Menurut EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Pulau Pinang:
Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat semakan bersama pihak Jambatan Pertama & Kedua Pulau Pinang. Hasil semakan mendapati video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak tersebut berlaku di luar negara sekitar tahun 2014.
Dalam pada itu, Jambatan Kedua Sdn Bhd juga turut menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak seperti video tular di media sosial.
SUMBER:
Facebook Rasmi EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Pulau Pinang
Facebook Rasmi Jambatan Kedua Sdn Bhd
PLUS Malaysia
BERNAMA
Berita Harian