Penjelasan Notis Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Oleh BNM Berkenaan Ancaman Kumpulan Penggodam

TULAR:
591

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM):

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan tentang notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial.

BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber. Notis FinTIP ialah pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.

FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman. Notis FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan.

SUMBER:

Portal Rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI