Penjelasan KPK Berhubung WHO CA+ Dan Pindaan IHR 2005

TULAR:
1825

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan (KPK):

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan beberapa perkara penting sebagai respons yang dibangkitkan. Antara isu yang paling utama adalah berkaitan isu kedaulatan dan autonomi negara. Kami ingin menekankan bahawa kedua-dua pertubuhan iaitu Perjanjian Konvensyen WHO dan juga pindaan yang dicadangkan pada IHR 2005, akan sepenuhnya menghormati kedaulatan dan autonomi negara Malaysia serta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang lain.

Kerajaan Malaysia akan sentiasa mempertahankan haknya di peringkat antarabangsa agar sebarang penggubalan undang-undang antarabangsa adalah selaras dengan kesihatan negara dan mengikut undang-undang negara, hak kedaulatan dan juga hak kebangsaan Malaysia akan tetap terjamin dan tidak akan terjejas oleh usaha-usaha ini.

Kementerian Kesihatan turut menegaskan bahawa proses perundingan perjanjian konvensional dan pindaan IHR adalah terbuka kepada pandangan dan perbincangan dari semua negara-negara WHO. Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Kedua-dua perkara ini masih dalam rundingan dan belum dimuktamadkan.

SUMBER:

YouTube Rasmi KKM
Facebook Rasmi Menteri Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI