SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah palsu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, siasatan dan semakan lanjut dengan pihak KKM dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat mendapati ia berlaku pada 16 Mei lalu di kawasan Kuala Langat, Selangor.
“Orang ramai terutama penduduk di Brickfields tidak perlu rasa takut dengan ketenteraman awam serta keselamatan di kawasan itu yang dalam keadaan baik serta terkawal dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”