Dakwaan Wanita Hamil Yang Positif COVID-19 Di Kuala Krai Disahkan Negatif Selepas Menjalani Ujian Saringan Kedua Adalah Tidak Benar

TULAR:
4355

SEBENARNYA:

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai:

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan mengatakan wanita hamil yang positif COVID-19, di Kuala Krai, disahkan negatif selepas menjalani saringan kedua.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata ujian kedua hanya diambil selepas 13 hari pesakit berkenaan menerima rawatan bagi memastikan sama ada dia sudah bebas atau sebaliknya daripada jangkitan itu.

Sehingga kini wanita hamil ini masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan dakwaan mengatakan ujian saringan kali kedua negatif adalah tidak benar.

“Namun bagi memastikan sama ada wanita ini masih positif COVID-19 atau tidak, pihak kami akan mengetahuinya dalam tempoh 13 hari bermula dari 19 Mei lalu ketika ujian swab kali pertama dilakukan ke atasnya.

“Sekiranya selepas tempoh 13 hari didapati wanita ini masih positif COVID-19, pihak kami akan meneruskan rawatan ke atasnya sehingga dia benar-benar bebas daripada jangkitan wabak ini.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI