Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2025 Adalah Tidak Benar

TULAR:
111

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

KPM mengambil perhatian serius dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 seperti yang tular di media sosial.

Hasil siasatan mendapati bahawa maklumat yang ditularkan adalah senarai tema umum dan merupakan kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Senarai tema yang ditularkan adalah ramalan oleh guru dan calon peperiksaan SPM.

SUMBER:

Laman Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI