SEBENARNYA:
Kerajaan negeri Selangor menafikan tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian dalam matlamat meningkatkan kualiti dan taraf institusi pendidikan itu, di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata sebaliknya kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor melibatkan 416 buah sekolah.
Beliau berkata usaha itu dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.
Menurutnya, usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian.