SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:
Merujuk kepada satu hantaran Facebook dengan kandungan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) digital yang sedang tular. JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyataan dalam hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Laporan polis telah dibuat supaya siasatan dapat dibuat terhadap pemilik akaun tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan pada masa hadapan.
Sepertimana kenyataan media oleh YB Menteri Pengangkutan pada 10 Februari 2023, JPJ sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Pemilik kenderaan dan pemandu yang telah bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokuman berbentuk digital. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh interim ini, pemilik kenderaan dan pemandu masih diberi pilihan sama ada untuk menggunakan LKM atau LMM dalam bentuk digital atau terus kekal menggunakan dokumen berbentuk fizikal.
Sehubungan itu, orang ramai yang memilih menggunakan dokumen digital tidak perlu bimbang sekiranya ditahan oleh pihak agensi penguat kuasa untuk pemeriksaan. Pihak penguat kuasa yang terlibat termasuklah PDRM telah dimaklumkan mengenai perkara ini.