Penjelasan Dakwaan Jumlah RM200 Mencukupi Bagi Perbelanjaan Membeli Barangan Dapur Untuk Sebulan

TULAR:
967

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Fuziah Salleh:

Video tular itu sebenarnya adalah rakaman video lama yang ditularkan kembali pihak tertentu.

Menerusi rakaman video tular itu, kelihatan Fuziah melakukan tinjauan di sebuah pasar raya bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk membuat penilaian kos.

Menjelaskan perkara sebenar, Fuziah berkata, apa yang tular itu adalah rakaman video ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Timbalan Menteri KPDN
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI