Dakwaan Seorang Doktor Bahawa Polis Johor Tidak Buat Kerja Adalah Tidak Benar

TULAR:
3885

Polis Johor menasihatkan orang awam terutama golongan profesional supaya menyemak terlebih dahulu fakta sebelum memuat naik sesuatu video atau gambar sehingga mengelirukan masyarakat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata adalah tidak bertanggungjawab untuk menularkan fakta yang tidak sahih sehingga kerja dan dedikasi pihak lain dinafikan sewenang-wenangnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini menerusi sebuah video viral yang mendakwa polis tidak membuat kerja dan hanya duduk di pejabat dan menyifatkannya sebagai sangat tidak bertanggungjawab serta melulu.

Jelas beliau, “Kita sudah semak lokasi yang dinyatakan doktor ini iaitu di Pasar Larkin, sebuah kedai serbaneka di Taman Bukit Mutiara serta sebuah pasar raya di Taman Daya dan berdasarkan siasatan memang ada penjarakan sosial jadi dakwaan doktor itu tidak tepat.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI