Tiada Kelulusan Penganjuran Bazar Ramadhan Tahun 2020 Di Kawasan MBJB

TULAR:
764

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Majlis Bandar Johor Bahru (MBJB):

MBJB telah mendapat laporan berkenaan dakwaan terdapat beberapa penganjur telah membuat kutipan bagi menganjurkan Bazar Ramadhan Tahun 2020. Pihak MBJB ingin menyatakan dengan jelas bahawa MBJB tidak pernah melantik mana-mana penganjur mahupun meluluskan sebarang penganjuran aktiviti Bazar Ramadhan bagi tahun 2020 ini.

Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk mengutip wang daripada penjaja ataupun peniaga tanpa sebarang kelulusan diberikan daripada pihak berkuasa. Sehubungan ini, MBJB ingin menegaskan agar pihak-pihak yang telah membuat kutipan tersebut agar dapat mengembalikan semula kutipan wang yang dibuat kepada peniaga dan penjaja terlibat sebelum tarikh 1 Ramadhan 1441 Hijrah atau 24 April 2020.

Sekiranya gagal mengembalikan kutipan wang tersebut MBJB akan terus menyenarai hitamkan penganjur atau persatuan tersebut daripada menyertai sebarang penganjuran bazar dalam kawasan MBJB di masa-masa akan datang.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MBJB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI