SEBENARNYA:
Polis menafikan seorang lelaki yang ditemui terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves disebabkan serangan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, “siasatan mendapati kejadian lelaki terbaring adalah dipercayai kerana mabuk bukan Covid-19.
Beliau berkata, “Ada kesan bau minuman arak di badan selain kecederaan di lututnya akibat terjatuh. Lelaki terbabit telah pun dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.”