SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang:
Satu (1) berita palsu telah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dengan menyatakan bahawa ;
“… Assalamualaikum…Semua yang berdekatan kawasan Alma termasuk TMN SRI Kijang yang dihormati. Makluman pada semua…”
Mesej yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp ini adalah tidak benar. Hasil semakan mendapati terdapat kes di lokaliti tersebut tetapi bukan dijangkiti oleh varian Delta COVID-19. Bilangan yang dinyatakan dalam mesej tersebut bahawa sebanyak 24 orang positif adalah tidak benar sama sekali.
SUMBER:
Facebook Rasmi JKN Pulau Pinang