Tuntutan Berkaitan Dengan Bantuan Prihatin MySalam COVID-19 (RM50/sehari) Perlu Dimohon Melalui MySalam

TULAR:
295979

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Terdapat penularan WhatsApp palsu yang menyatakan bahawa tuntutan RM50/sehari (melalui MySalam) bagi pesakit COVID positif yang dikuarantin boleh dibuat melalui pautan Refund COVID. Isi kandungan WhatsApp itu sama sekali tidak menerangkan maklumat di dalam pautan tersebut.

Untuk makluman, sebarang tuntutan berkaitan dengan Bantuan Prihatin MySalam Covid 19 (RM50/sehari) perlu dimohon melalui https://www.mysalam.com.my/b40/public/ atau sila hubungi pusat panggilan MySalam di talian 1-300-88-8938 untuk pertanyaan lanjut.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI