2 Individu Menunggang Motosikal Memakai Gelang ‘Pink’ Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah Untuk Tujuan Kuarantin Kendiri

TULAR:
2690

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang (PDRM):

Pada 27 Julai 2021, jam lebih kurang 5.00 petang, terkesan satu (1) video berdurasi 22 saat yang dimuatnaik di halaman Facebook, memaparkan dua (2) orang individu yang sedang menunggang dan membonceng sebuah motosikal memakai gelang pink di tempat awam.

Siasatan mendapati penunggang dan pembonceng motosikal tersebut adalah merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 dan telah diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk hadir ujian saringan COVID-19 pada tarikh 27 Julai 2021. Setelah selesai ujian saringan COVID-19, dua (2) orang individu tersebut dipakaikan gelang pink untuk tujuan kuarantin kendiri. Video tersebut dirakam semasa dua (2) individu tersebut di dalam perjalanan balik ke rumah untuk tujuan kendiri.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Pendang PDRM

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI